BESTFRIEND.

Assalamualaikum, maaf sebab dah lama tak update. Baru lepas habis trial SPM. Raya pun macam tak raya. Openhouse semua dah bertukar menjadi closehouse. Raya tahun ni tak gempak. Raya tahun ni boring, duit raya pun sikit je. Mungkin faktor usia yang menyebabkan dapat duit raya sikit. Okay abaikan.

Bila sebut pasal bestfriend, apa yang ada dalam otak aku adalah kawan kawan aku. Iaitu, Ieka, Fyra, Raja, Putry, Fify, Gus. Yes, aku anggap dorang bestfriend aku, aku anggap dorang yang kedua penting sebab family first, aku anggap dorang nyawa aku, aku anggap dorang kawan aku sampai mati. Tapi, adakah dorang anggap aku ni bestfriend dorang? Adakah dorang anggap aku ni orang peting dalam hidup dorang? Adakah dorang anggap aku ni kawan dorang sampai mati? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Kenapa aku update macam ni? Sebab lately ni aku rasa hubungan kitaorang dah tak macam dulu. Dulu, gosip, mengumpat, kutuk, gelak, nangis, rehat, balik, lepak, cerita pasal crush/bf/ex semua benda cerita sama sama. Duduk 7 orang, cerita macam macam. Bertepuk tampar, tolak menolak, hentak hentak meja semua. Tapi sekarang? Semua duduk jauh jauh, tegur pun buat syarat je, cerita apa-apa pun mana nak cerita sama sama dah sekarang. Buat hal sendiri je. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Semua dah lain sekarang ni. Hmmmm

Aku tak boleh nak salahkan dorang juga, yeah manusia berubahkan. So, tak boleh nak buat apa. Hanya senyuman dapat aku berikan. Biarkan tangisan itu sembunyi disebalik senyuman. Hanya berdoa kepada yang Esa supaya hubungan aku dengan kawan kawan aku biar sampai nafas terakhir aku.

Takpe lah kalau dorang tak pernah anggap aku ni bestfriend dorang pun, takpe lah kalau dorang nak gunakan aku, takpe lah kalau dorang tak suka aku pun. Takpe, aku tak kesah semua tu. Janji aku bahagia korang pun bahagia.

Dear bestfriend,

I still remember pranks planned and played together. Challenges met and overcome together. I still remember secrets shared and kept together. Promises fulfilled, hopes instilled and dreams came true. I hope our friendship is forever and never over.

I WILL ALWAYS LOVE YOU GUYS.
I WILL ALWAYS KEEP OUR FRIENDSHIP LONG LASTING.
I PROMISE.

I love you guys <3
xx

No comments:

Post a Comment