Marhaban ya Ramadhan.

Assalamualaikum, hi hi hi semua. Okay, esok puasa. Habislah aku rindu air sirap kat kantin, nugget, air kundur kat koperasi, maggi cik nordin and time balik sekolah singgah 99 speedmart beli aiskrim potong RM 0.80 sen. Hahahahahaha

Bulan puasa syaiton syaiton semua dah kena gari. Haha, tak boleh lepas punya mehh. Hahaha, hantu hantu tu semua dah tak ada lah. So, kalau nak tengok cerita hantu tengok jelah. Insyaallah tak kena kacau punya xD.

Hope puasa tahun ini akan menjadi puasa yang dipenuhi dengan keberkatan, rahmat, hidayah. Insyaallah. I just want to try to find the blessings in every moment, refresh my heart in this Ramadan. And nak penuh kan solat terawih. Insyaallah, amin.

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga hari hari yang kita hadapi akan dirahmati oleh Allah SWT. Semoga Allah memberikan hidayah/hidayat Nya kepada orang yang memerlukannya, Insyaallah, Amin.

Marilah kita merebut banyak pahala di bulan yang hanya wujud setahun sekali. Jangan lah tinggal puasa dengan sengaja. Puasa mengajar kita erti kesabaran, menahan lapar dan rasa apa yang fakir miskin rasakan ketika kita sedang makan sedap sedap, dia terpaksa berlapar kerana tak ada duit nak makan. Insyaallah kita dapat melakukannya. Hanya satu yang kita perlukan, iaitu sabar.

Thats all for today, Assalamualaikum.
Jangan lupa niat.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Much love xoxo

No comments:

Post a Comment