PUASA.

Assalamualaikum hamba-hamba Allah sekalian. Hello diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Harharhar, ayat nak jawab exam paper BM. Okay, merepek pulak dia ni. Eh aku punya sukalah, blog aku bukan blog kau. Haha, jangan dilayan aku ni.

Okay, so today hari ke enam korang berpuasa. Haha, sebab aku tak puasa. Maklumlah ABC. Tahu ABC tu apa? Yang tahu tahniah aku ucapkan, yang tak tahu pergi tanya orang yang tahu. Hihi, ada best dan tak bestnya ABC pada bulan Ramadan. Yang bestnya aku tak payah puasa, aku boleh makan aku, aku boleh minum, aku boleh korek hidung, aku boleh korek telinga. Korang boleh? Hahahaha, yang tak bestnya nak kena ganti pulak. Hadoiiii

Jadi jadi jadi, macam mana korang punya puasa? Okay? Mesti korang penatkan, heret beg berat berat. Nak tercabut bahu bawak buku pergi sekolah. Kena pulak tengah panas, tekak kering. Nampak pulak orang bukan Islam minum air orange juice, aiskrim potong, dan macam macam lagi. Confirm Iman korang goyang kan kan kan kan? Elehh, mengaku je lah. Whateverr~

Petang pulak mesti pergi bazaar. Kemain shopping kat bazaar, tak ingat orang belakang beli tu. Haha, sampai penuh tangan dok bawak ayam golek, ayam percik, nasi ayam, murtabak, seri muka, akok, air tembikai, air oren, keropok lekor, popia goreng, popia separuh goreng and macam macam lagi. Tak cukup lagi tu, pergi pulak surau/masjid terdekat ambil bubur lambuk. Hahahahaha

Time nak dekat buka puasa mesti kau duduk depan lauk, tengok lauk tak kelip kelip mata. Tangan kanan pegang sudu nak ambil lauk, tangan kiri pegang air sejuk yang mengiurkan. Hahaha, azan berkumandang doa ntah kemana terus bantai makan. Kebulur benorrrr. Tak apa, aku paham. Har har har~

So cerita dia sekarang, bila pergi bazaar tu beli lah apa yang perlu sahaja. Jangan lah beli semua benda depan mata. Membazir, membazir amalan siapa? Syaitannn, yee bagus. Jangan lah jadi macam syaitan. Walaupun syaitan dah kena ikat tapi perangai tu macam syaitan juga. Har har har. Bersederhanalah ketika berbuka puasa. Ni tak buka puasa macam tak makan setahun. Hahaha~

Kepada adik adik, akak akak, abang abang, pak cik mak cik, yang suka beli bunga api, mercun papan, mercun padi, mercun mancis, rocket, mercun bola, ketupat rendang semua mercun yang ada tu ahaha, jangan lah beli. Kalau setakat nak beli bunga api yang ada bintang tu bolehlah bagi dorang main. Jangan beli mercun yang boleh membahayakan diri sendiri okay.

Take care, Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa.
Semoga Allah mencurahkan segala nikmat, pahala kepada kita. Insyaallah, Amin.

xoxo, Fatin.
Salam..

No comments:

Post a Comment