SPM

Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana di beri peluang dan masa oleh Allah SWT hari ini untuk saya mencoretkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama tanpa sepatah bicara. Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak update di blog ini. Pasti anda punya dashboard sunyi sepi. Okay tipu je. Hehehe

Untuk pengetahuan anda, saya sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM. Anda tahu SPM adalah permulaan hidup untuk semua orang. Jika gagal SPM gagal lah hidup anda. Sya risau dengan apa yang saya dah jawab dan saya tidak ada keyakinan diri untuk mendapatkan 9A. Kerana, saya tidak begitu pandai, tetapi saya dah usaha. Saya dah cuba sebaik yang mungkin. Sekarang ini, saya hanya mampu berdoa kepada yang Esa untuk beri kejayaan kepada saya. Dan saya berharap atas usaha yang telah saya buat Allah akan beri saya kejayaan yang setimpal dengan usaha saya. Insyaallah, doakan untuk saya okay kawan-kawan? :)

Jadi, adakah masih terlambat untuk saya mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang lain? Oh tidak, masih tidak terlambat. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Eh, raya pula. Raya je tahu. Raya semua dah habis. Nak raya apa lagi? Hahaha, okay semula. Selamat Maju Jaya kepada calon-calon SPM yang menduduki SPM 2011. Semoga anda mendapat keputusan yang mantap lagi padat. Biarlah keputusan anda penuh dengan huruf A. Jangan F. Hewhew

Paper saya habis pada 06.12.2011. Iaitu kertas Ekonomi Asas yang senang gila tu. -____- I hate economy! Haih, saya harap semua akan berjalan dengan lancar Insyaallah. Okay, saya punya update kali ni agak bosan. Ye saya tahu. Saya tak sehebat anda semua. Anda semua mempunyai idea-idea, cerita-cerita yang hebat untuk dikongsikan. Mungkin disebabkan faktor usia. Oh tidak, saya masih muda okay. *kenyit mata* ;)

Esok ada paper Science. Oh, tak study apapun. Demam, selesema, batuk selama lima hari. Hari ini dah okay sikit. Kalau tak, nak bangun pun tak larat. Jadi, sampai di sini saja. Nak study sikit. Then sleep. Insyaallah, pray for me okay. Thank you sangat-sangat. Oh, thanks kepada followers! You guys the best! Take care, Assalamualaikum and Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. ;)
*Maaf kalau ada typo or whatever.

No comments:

Post a Comment